Trending By: SGMS Enal January 1, 2020 @ 1:19pm

Jumpa 19 Bangkai Kucing & Sampah Bertimbun Sampai Ke Siling Rumah

Lebih daripada 60 ekor kucing dijumpai di sebuah rumah paling kotor di Amerika dengan 19 daripadanya telah mati. Bangkai kucing tersebut ditemui di bawah timbunan sampah sarap yang memenuhi ruang di dalam rumah itu.

Gambar-gambar yang mengejutkan telah dikongsi oleh pasangan, Tamara Bender dan Jeremy yang menjalankan perkhidmatan membersihkan rumah.

Menurut Tamara, penemuan kesemua kucing itu merupakan kes ‘hoarding’ yang paling teruk pernah ditemuinya.

“Rumah tersebut mempunyai lima bangsal lain di atasnya dan satu rumah bergerak yang dipenuhi dengan timbunan sampah hingga ke syiling rumah.

“Anda harus bersedia dari segi mental dan berehat atau pergi membeli belah untuk cuba melupakan apa yang anda telah lihat.

“Tuan ruamh ini tidak tahu kucing-kucingnya telah mati namun ia jelas boleh dilihat,” kata Tamara.

Selepas menyelamatkan baki kucing yang masih ada dan membawa mereka ke pusat jagaan haiwan, Tamara dan Jeremy juga mengambil seekor kucing untuk dijadikan haiwan peliharaan mereka.

Pasangan tersebut telah menangani beribu rumah yang kotor di seluruh Amerika yang memperlihatkan kebanyakan tuan rumah sukar untuk ‘melepaskan’ sampah-sampah tersebut.

Sumber: The Sun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 May 2023
Trending Sun, 8 Dec 2019

Eropah Bakal Terima Gelombang Panas Melampau Setiap Tahun

Eropah bakal berhadapan dengan gelombang panas melampau setiap tahun dan kehilangan separuh daripada hasil tuaian pada masa depan kecuali terdapat usaha yang agresig diambil untuk mengatasi perubahan iklim. Menerusi laporan oleh agensi alam sekitar Kesatuan […]

Featured Wed, 22 Sep 2021
Trending Wed, 3 Feb 2021
Featured Fri, 24 Sep 2021

“Kita Tak Hidup Nak Sukakan Orang, Hanya Sukakan Allah” – Ebit Lew

Walaupun namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) dilihat tetap tenang dan masih mengunci mulut. Baca artikel berkaitan: “Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa […]

Trending Sun, 20 Dec 2020