Hiburan By: Izzi Farhana May 14, 2023 @ 1:38pm

Konsert Lefthanded 40 Tahun Rockestra Bakal Gegarkan Peminat Rock Tanah Air Jun Ini

Kumpulan rock terkenal tanah air, Lefthanded bakal mengadakan sebuah konsert di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 3 Jun ini jam 8.30 malam.

Konsert tersebut diberi nama Konsert Lefthanded 40 Tahun Rockestra sekaligus menandakan perjalanan Lefthanded selama 40 tahun dalam industri seni nyanyian.

Menurut pemilik Menara Network iaitu penganjur konsert tersebut, Datuk Abdul Razif Asmuni, idea untuk mengadakan konsert ini tersecetus apabila dia berjumpa dengan Man Kidal yang sememangnya merancang untuk mengadakan konsert sempena 40 tahun penubuhan Lefthanded.

“Selepas beberapa perbincangan, akhirnya impian ini menjadi kenyataan,” katanya.

Berkongsi lagi, mereka memilih Lefthanded kerana kumpulan tersebut merupakan ‘top 3’ kumpulan rock lagenda di Malaysia seiring dengan Wings dan juga Search.

“Ada banyak kumpulan rock di Malaysia, tetapi mereka adalah ‘top 3’ seiring dengan Search dan Wings. Mereka ada banyak lagu popular dan diingati kebanyakan peminat muzik tanah air.

“Konsert ini diadakan bersama orkestra kerana mahukan muzik yang lebih rileks. Mereka tetap rock, tetapi dengan orkestra, muziknya akan menjadi lebih lunak. Tidaklah terlalu bingit dan sedap didengar. Sesuailah dengan kebanyakan peminat Lefthanded yang kini sudah berusia 40 tahun ke atas. Mereka mahu lebih rileks dan berada dalam keadaan duduk jika menonton konsert,” katanya.

Konsert yang akan berdurasi di antara dua setengah jam ke tiga jam itu akan menceritakan pengalaman Lefthanded sendiri selama 40 tahun di dalam industri dan juga membawakan 15 ke 20 lagu.

Tiket juga sudah boleh didapati di laman web www.ticket2u.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Trending Thu, 16 Jul 2020
Featured Tue, 14 Dec 2021

Bahayanya! Netizen Bengang Ibu Bapa Biarkan Anak Bermain Di Belakang Trak Pikap Semasa Memandu

Tindakan cuai ibu bapa membiarkan kanak-kanak duduk atau berdiri di dalam cab terbuka di belakang trak pikap mengundang bahaya. Tindakan itu boleh membuatkan kanak-kanak terjatuh pada bila-bila masa, terutamanya semasa kenderaan sedang bergerak. Walaupun sebelum […]

Trending Tue, 26 Nov 2019

“Bendera Itu Simbol Kedaulatan Negara Dan Tidak Boleh Dipermainkan”- KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong

Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku dikalangan rakyat Malaysia khasnya. Sila jadikan iktibar!

Featured Wed, 14 Dec 2022

Suami Kantoi Curang Tapi Stay Sebab Anak, Ini Respons Padu Hazeman Huzir

Min setuju! Thanks Haze untuk peringatan kita bersama

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Usikan Janna Nick disalah faham!

Inilah yang berlaku antara pelakon Janna Nick dan penyanyi yang baharu putus tunang, Sufian Suhaimi.