Featured By: Maya Basir December 14, 2022 @ 4:36pm

Suami Kantoi Curang Tapi Stay Sebab Anak, Ini Respons Padu Hazeman Huzir

Pengacara dan pempengaruh, Hazeman Huzir memberi penjelasan tentang tujuan sebenar kehidupan pasangan yang sudah berkahwin.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Haze menjawab pertanyaan daripada seorang individu yang dikatakan telah dicurangi oleh suaminya.

“Husband kantoi curang. Fikir pasal diri nak tinggal je. Tapi stay sebab fikir anak. Haih what to do?,” tanya individu tersebut.

Menurutnya, perkahwinan merupakan salah satu ibadah kepada Allah SWT dan bukan semata-mata untuk menghalalkan sesebuah hubungan.

“Perkahwinan tu sebenarnya untuk apa? Untuk beribadah kepada Allah. Segala benda yang kita buat La Ilaha Illallah dan bukan semata-semata untuk menghalalkan sesebuah hubungan.

“Bila kita beribadah kepada Allah pastinya ada imam pastinya ada makmum. Kalau suami mestilah imamkan kepada keluarga tersebut.

“Tetapi sekiranya imam kau kantoi curang seperti mana yang tertulis (soalan individu berkenaan), maksudnya macam mana dengan ibadah kau? Tu yang pertama.

“Yang kedua, kalau betul kau fikir pasal anak, kau akan takut masa depan dia menjadi seperti imam tersebut sebab corak dan pembentukan seseorang anak itu adalah berdasarkan kepada mak dan bapa dia buat macam mana pada anak. So, fikir-fikirkan lah sendiri ya,” ujarnya.

@hazemanhuzir Lah tibe jadi PU #masukberanda ♬ original sound – Hazeman Huzir

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan penjelasan yang diberikan Haze.

Malah, ada juga yang berkongsi pernah berada di dalam situasi tersebut.

“Indeed. Sekali dah buat, tak mustahil akan berulang.

“Thanks for this video. Kadang-kadang Kita lupa marriage is ibadah kepada Allah.

“Alhamdulilah tepatlah keputusan saya selama ni,” kata netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Jul 2018

Jika Anda Alami Kemurungan, Makan 7 Jenis Bahan Ini Untuk Melawannya

Apa yang anda makan boleh bantu perbaiki mood anda!

Hiburan Mon, 26 Feb 2024
familuv Wed, 13 May 2020
Events Wed, 5 Feb 2020

[VIRAL] Lari Dan Hilangkan Diri, Sajat Tutup Muka Dengan Tudung Sebab Nak Elak Jemaah Malaysia

Mana yang perlu tegur, tegur lah dengan cara paling berhemah

Trending Thu, 27 May 2021

Tarikh Bayaran i-Sinar Bermula Awal Jun Ini!

Boleh check tarikh bayaran nanti…

Trending Wed, 22 Jul 2020