Featured By: Salma Syahbuddin September 22, 2021 @ 12:33pm

SOP Baharu Had Jemaah Solat Jumaat & Fardu Di Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam  satu kenyataannya hari ini telah membenarkan sehingga 1,000 jemaah bersolat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), manakala 500 jemaah bagi masjid lain dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

Dalam hantaran yang tular di media sosial baru-baru ini, JAIS memaklumkan bilangan had jemaah termasuk pentadbir masjid itu adalah selepas mengambil kira penurunan kes Covid-19 yang konsisten dan terkawal, peningkatan peratus vaksinasi lengkap, kesedaran masyarakat terhadap kawalan kendiri serta beberapa indikator yang signifikan.

Kuota/had bilangan jemaah mengikut masjid

Bagi Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya dan masjid institusi pula, had jemaah adalah 500 bagi solat Jumaat serta 300 jemaah bagi solat lima waktu.

  • Solat Jumaat – 500 jemaah
  • Solat lima waktu – 300 jemaah

Manakala, bagi masjid pengurusan pula;

  • Solat Jumaat – 400 jemaah
  • Solat lima waktu – 300 jemaah

Untuk masjid kariah bilangan jemaah bagi solat lima waktu dihadkan seperti berikut;

  • Solat Jumaat – 350 jemaah
  • Solat lima waktu- 200 jemaah

Kuota/had bilangan jemaah Surau

Bagi surau yang terlibat pula, bilangan jemaah adalah mengikut ketetapan yang diberikan JAIS.

  • Surau kebenaran – Untuk solat Jumaat hanya 250 jemaah sahaja dibenarkan. Manakala, 200 jemaah untuk solat lima waktu.
  • Suru Kariah & Musolla – Dibolehkan 100 jemaah bagi solat lima waktu

Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah wabak diberi penekanan dengan jemaah hanya dalam kalangan ahli kariah yang tinggal bermastautin dalam kawasan dan perlu lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan melepasi tempoh inkubasi ditetapkan.

Selain itu, masjid dan surau juga DIBENARKAN menerima jemaah bermusafir atau pemandu e-hailing dan penghantar makanan.

Manakala, jemaah bukan warganegara yang dikenali dan melazimi hadir ke masjid atau surau boleh dipertimbangkan.

JAIS juga membenarkan program mengimarahkan masjid dan surau dilaksana, antaranya kuliah Subuh, kuliah Dhuha, kuliah Maghrib, tazkirah sebelum solat Jumaat, halaqah tadarus dan tadabbur Al-Quran, kuliah muslimat, bacaan Yasin dan tahlil serta program munajat dan doa.

Bagaimanapun, jamuan selepas majlis dan penyediaan secara hidang tetap TIDAK dibenarkan.

 

Sumber: JAIS

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Jan 2018

Kesan Stress Pada Kesihatan

Masalah stres bukan sahaja boleh menganggu fungsi fizikal dan mental seseorang, malah ia turut memberi kesan pada kesihatan tubuh badan seseorang. Mereka yang mengalami stres jangka pendek boleh mendapat kesan-kesan seperti sakit kepala, migrain, sakit […]

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Tiada Hos Utama, Tiga Kategori Baharu Dipertandingkan Antara Kelainan ASK 2018

Acara karpet merah akan dihoskan oleh Aaron Al- Fateh dan Ain Edruce di mana ia akan bersiaran langsung menerusi Pop TV pada pukul 8.30 malam sehingga 9 malam di NTV7. Penonton juga boleh menyaksikan acara ini secara siaran langsung di Facebook ntv7 Malaysia.

Trending Tue, 3 Aug 2021

i-Citra KWSP : Cara Semak Status & Syarat Pengeluaran

Boleh semak akaun ming-masing dah…

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Pertama Kali Jadi Duta Periuk, Siti Nurhaliza Pecah Rekod Peribadi

Wanita mana yang tak happy bila dihadiahkan periuk berkualiti kan? Tahniah Dato Seri Siti Nurhaliza!

Featured Mon, 29 Oct 2018

Gara-Gara Beri Anak Minum Coca-Cola, Bapa Dipenjara 3 Bulan!

Anaknya tak cukup makan sebab bapanya habiskan duit beli minuman keras!

Trending Tue, 1 Dec 2020
familuv Thu, 8 Nov 2018
Trending Tue, 16 Feb 2021

| Live TV