Categories: Trending

Azmi Caliph Buskers Perlukan Bantuan Kewangan Demi Teruskan Hidup

Siapa sahaja yang tidak terkesan dengan PKP sejak ianya dilaksanakan. Pastinya ramai yang sedang berkira-kira mahu makan apa atau berapa banyak bil yang kena dibayar setiap bulan bukan?

Ini turut terjadi kepada vokalis Kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, 33, yang mengakui dia kini bergantung kepada pendapatan isteriny, Nazirah Muhammad yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

Sumber : Instagram

Menurut Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd Saat, pendapatan beliau terjejas teruk akibat PKP. Kerana sebelum PKP dilaksanakan banyak tawaran nyanyian diterima namun terpaksa dibatalkan.

“Kalau dikira lebih daripada 10 tawaran persembahan saya dibatalkan. Justeru, kehidupan saya terasalah banyak berubah sejak PKP apabila pendapatan memang terjejas. Apatah lagi, selama ini saya dan juga rakan Caliph Buskers yang lain kami memang bergantung sepenuhnya dengan bermain muzik dan menyanyi.

Sumber : Instagram

“Untuk saya mujurlah isteri bekerja dan dia ada pendapatan bulanan bagi menampung kehidupan kami. Cuma, ia tidak cukup untuk membayar bil-bil dan sewa rumah,” Katanya.

Tambahnaya lagi, bantuan hanya diterima daripada Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) dan rakan-rakan artis.

Pada masa sekarang, bantuan wang paling utama diperlukan, kerana nak bayar bil seperti elektrik, air dan telefon termasuk juga sewa rumah,”  Jelasnya.

Azmi mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan, Nazirah yang juga cacat penglihatan pada 2011 dan mereka kini menetap di Brickfields, Kuala Lumpur.

Salma Syahbuddin