Trending By: Yanie Baharom September 7, 2018 @ 5:00pm

Babak Perkahwinan Ikonik Filem Crazy Rich Asians Bikin Pereka Tempatan Carven Ong Trending!

Sekiranya anda belum menonton filem komedi romantik Crazy Rich Asians, terdapat satu babak perkahwinan ikonik yang diperkatakan ramai ketika ini di mana pengantin perempuan Araminta Lee (dimainkan oleh Sonoya Mizuno) menelusuri laluan dipenuhi air sambil memperagakan gaun pengantin dengan rekaan cukup luar biasa.

Ramai tertanya-tanya siapakah pereka fesyen yang telah mereka cipta gaun berkenaan? Hijab & Heels sangat berbangga untuk mengumumkan bahawa gaun super cantik itu adalah hasil sentuhan pereka fesyen terkenal negara, Carven Ong.

Carven Ong telah dilamar oleh pereka kostum filem berkenaan iaitu Mary Vogt untuk mencipta gaun pengantin dalam kilauan rona emas dan merah jambu dipadan skirt berjalur dramatik bersama lapisan tulle.

Foto: theknotnews

“Saya memulakannya hari pertama saya bekerja untuk produksi filem itu dan merasakan saya telah melakukan tugasan dengan baik semasa penggambaran adegan perkahwinan,” kata Vogt mengenai gaun perkahwinan Araminta yang menakjubkan.

Menurutnya lagi, dalam lakaran asal pakaian itu sangat berbeza kerana skirt itu sangat luas, akan tetapi setelah set penggambaran dibangunkan laluan gereja menjadi sedikit sempit. Sekaligus memaksa mereka menukar reka bentuk skirt itu.

Sedikit informasi tambahan mengenai gaun mewah rekaan Carven Ong ini, selain ia dihasilkan penuh passion dengan perincian seperti batu kristal dan swarovski. Bahkan seperkara yang paling wow ialah gaun ini kalis air. Hebat dan kagum tak?

Filem itu dibintangi aktres dan aktor tempatan antarabangsa terkenal seperti Tan Sri Michelle Yeoh dan Henry Golding  serta pendatang baru,  Awkwafina.

Sumber: The Knot

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 Sep 2022
Trending Tue, 13 Nov 2018

蔬果「拟人化」后的爆笑日常!

日本超人气插画家「keigo」又绘出一系列的蔬果人,用可爱、逗趣的画风来勉励大家:做人其实很幸福好吗!

Trending Mon, 23 Jul 2018

Wanita Mesir Pilih Sukan Ekstram Parkour Sebagai Hobi

Sukan ekstrem parkour nampaknya semakin menjadi kegilaan di kalangan wanita Mesir.

Trending Tue, 20 Feb 2018

ANGKARA KEBAB, ISTERI NEKAD MINTA CERAI

Saya cuma mengenalinya dua bulan sebelum majlis diadakan dan tidak pernah menyangka betapa kedekutnya dia.

Featured Thu, 11 Mar 2021

Pengecualian, Diskaun 50 Peratus Dilanjutkan Bagi…

Kerajaan hari ini bersetuju untuk melanjutkan inisiatif pengecualian dan pemberian diskaun 50 peratus bayaran sewa kepada penyewa tanah Persekutuan dan bangunan Persekutuan. Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, pelanjutan inisiatif […]