Hiburan By: Fatin Nurain February 24, 2023 @ 5:05pm

Comelnya! Gelagat Menantu Siti Nurhaliza Bergambar Curi Perhatian – “Baik Mengaku Siapa Macam Ni?”

Gelagat kedua-dua menantu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin dan Izara Aishah ketika bergambar mencuri perhatian dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian di TikTok, Tya memuat naik video bersama Izara yang sedang bergambar dan mereka mengenakan busana sedondon berwarna merah.

Dalam perkongsian tersebut, mereka juga sempat mengucapkan Selamat Hari Raya seolah-olah sedang membuat penggambaran bersempena Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma.

“Hahaha baik mengaku siapa macam ni time pagi raya🤣 gelagat menantu Mak Iti (Siti Nurhaliza),” tulisnya.

@tyaarifinnw Hahaha baik mengaku siapa macam ni time pagi raya🤣 gelagat menantu makiti @Siti Nurhaliza #selfie #ootd #tyaarifin #izaraaishah #ctdk #fyp ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Melihat keakraban dua selebriti itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-rata terhibur dengan gelagat mereka menerusi ruangan komen.

Malah, ramai yang memuji kecantikan kedua-dua menantu kesayangan penyanyi popular tanah air itu.

 

Sekadar info, Izara merupakan isteri kepada anak kedua Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Adib dan Tya merupakan isteri kepada Asyraf Khalid.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Frust Masa Tokti Kahwin Dengan Datuk K” – Lepas Buat Pengakuan Berani Mati, Peminat Teruja Siti Nurhaliza Beri Respons

ARTIKEL BERKAITAN: Tya Arifin Dedah Detik Permulaan Bercinta Dengan Asyraf Khalid

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Jul 2022
Hiburan Fri, 26 Apr 2019

Berhenti Berlakon Sampai Bersalin, Elfira Loy Kini Berjaga-jaga

Semoga urusan bersalin dipermudahkan, Insha Allah…

Featured Thu, 12 Jan 2023
Featured Thu, 15 Sep 2022
Trending Hari Ini Fri, 29 May 2020

[TERKINI] Kaunter Permohonan Rayuan BPN Akan Dibuka Pada 30 & 31 Mei – LHDN

Buat yang masih ingin membuat rayuan tu boleh ke LHDN negeri masing-masing ok!

Trending Sat, 16 Feb 2019

Muncung Pesawat Delta Menjunam Dari Ketinggian 34,000 Kaki

Tak terkata-kata penumpang didalam penerbangan mengucap syukur apabila selamat mendarat walaupun dalam keadaan cemas

Trending Sat, 9 Jun 2018

Epik! Lelaki Ini Bakal Berenang Dari Jepun ke Amerika Syarikat

Lecoeomte akan diiringi lapan anggota pasukan sokongan yang turut akan melakukan penyelidikan marin bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencemaran laut dan plastik.

| Live TV