Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 11, 2022 @ 8:40pm

“Kalau Orang Katakan Gimik, Orang Tak ‘Validate’ Perasaan Saya” – Janna Nick Jawab Spekulasi Putus Cinta

Aktres dan penyanyi Janna Nick akhirnya membuka mulut sekali gus menjawab khabar yang mendakwa hubungan cinta bersama pelakon Dini Schatzmann berakhir.

Muncul dengan single terbaharu berjudul Mentari Setia tatkala pelbagai spekulasi timbul, karya ciptaannya bersama Ippo Hafiz itu menjadi luahan hati Janna.

“Hampir sebulan saya menyepikan diri, saya nak tenangkan diri. Nak ruang dan masa untuk diri sendiri.

“Kalau tanya saya sekarang, betul ke dah putus cinta, jawapan saya ‘no comment.’ Dengarlah lagu yang saya keluarkan, itulah luahan hati saya.

“Muzik video itu adalah cerita yang sebenar,” katanya dalam temu bual bersama Melodi TV3.

Ketika disoal adakah dia menggunakan publisiti putus cinta untuk mempromosikan lagu Mentari Setia, pengacara Famili Duo TV3 ini mempunyai jawapan tersendiri.

“Kalau saya sebagai penyanyi, mungkin betul, ia sebagai gimik. Tapi lagu ini 98 peratus tulisan saya, saya memang menangis ketika saya menulis lagu itu.

“Sebagai seorang yang melalui fasa breakdown, terluka, sedih, kecewa… Itu adalah luahan hati saya.

“Kalau orang nak katakan gimik, maknanya orang tak ‘validate’ perasaan saya. Saya berhak untuk kecewa dan sedih,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Janna akan muncul mengacarakan Famili Duo bersama Sean Lee.

Famili Duo bakal menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Penyanyi Mas Idayu dan komposer Ajai pula bakal menggalas tugas juri tetap untuk program terbabit.

Antara tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim kedua yang bakal menemui penonton mulai 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Dec 2024

Nyanyian Mas Idayu Di Konsert Final Famili Duo 4 Dikritik Warganet, Ada Yang Komen ‘Berdesing’

Nyanyian Mas Idayu menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Hiburan Thu, 20 Feb 2020
Featured Thu, 29 Aug 2024

Anim Ezati Akhirnya Kongsi Video Kahwin – “Humble, Intimate & Simple”

Wah, cantik Anim! Moga bahagia sampai surga❤️🌟

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

电影《光》扬名海外!入围「上海国际电影节」四奖项

第21届上海国际电影节亚洲新人奖入围名单出炉,电影《光》一举入围四个奖项,包括最佳影片、最佳导演、以及最佳男女主角奖。

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Universal Music Malaysia Ungguli Carta Muzik Malaysia Aidilfitri Ini

Universal Music Malaysia (UMM) ungguli carta muzik Malaysia pada musim raya ini dengan lagu hit terkini & lagu raya klasik nyanian lagenda seperti Tan Sri P Ramlee, Saloma, Sudirman, M.Nasir, Sharifah Aini & Faizal Tahir.  […]

error: Content is protected !!