Trending By: Salma Syahbuddin July 29, 2020 @ 12:06pm

Bakal Umum Lanjutan Moratorium Dan Bantuan Bank Bersasar Hari Ini – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman mengenai lanjutan moratorium pembayaran pinjaman dan bantuan bank bersasar hari ini.

Bakal berakhir September ini

Seperti yang kita semua sedia maklum, moratorium pembayaran balik pinjaman secara automatik selama enam bulan akan berakhir September ini.

Namun, pelbagai pihak dilaporkan meminta agar kerajaan menyambung tempoh moratorium kerana masih banyak individu dan perniagaan yang terjejas akibat kehilangan pendapatan susulan krisis Covid-19.

Negara akan alami kerugian besar

Bagaimanapun, menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, institusi perbankan negara berkemungkinan besar mengalami kerugian bernilai RM79 bilion dari segi kapasiti untuk memberi pinjaman atau dikenali ‘kerugian pengubahsuaian’ sepanjang tempoh pelaksanaan sepanjang tempoh pelaksanaan selama 6 bulan tersebut.

Selain itu, ini adalah jumlah yang boleh dipinjamkan bank-bank terbabit kepada individu dan peniaga dalam keadaan perniagaan biasa bagi tempoh April hingga September itu.

Untuk mengetahui apakah keputusan yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini, korang bolehlah menonton secara LIVE menerusi siaran langsung di televisyen ATAU menerusi www.xtra.com.my/LIVETV ATAU Youtube Buletin Utama TV3 pada jam 3 petang ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jun 2020

Tambahan RM50 Juta Untuk Skim PEKA B40

Berita baik buat golongan B40

Hiburan Thu, 7 Jul 2022

“Langkah Mayat Saya Dulu!” – Meerqeen Beri ‘Amaran’ Pada Dai Syed Jangan Ganggu Anna Jobling

Meerqeen bagi ‘amaran’ pada Dai Syed jangan ganggu Anna Jobling.

Featured Fri, 25 Nov 2022

Didakwa Obses Dengan Berat Badan, Ini Respons Atikah Suhaime

Badan dah elok dah.. Betul ke Atikah obses nak kurus?

Trending Fri, 8 Apr 2022

Nak Membantu Sepanjang Ramadan? Bukan Sahaja Sumbangan Kewangan Tau, Kita Boleh Pelbagaikan!

Kebanyakan masyarakat hari ini sering mengaitkan derma dengan orang kaya dan berpendapat bahawa mereka tidak mampu untuk melakukan kebaikan kerana berfikiran derma hanya melibatkan bentuk kewangan. Sebenarnya, terdapat pelbagai kebaikan yang boleh dilakukan yang tidak […]

Hiburan Mon, 18 Dec 2023