Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 18, 2023 @ 6:03pm

Siti Nurhaliza Beri Bayangan Adakan Konsert Mega? Peminat Mula Berteka-Teki

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza seolah-olah memberi bayangan bakal mengumumkan sesuatu yang istimewa buat peminatnya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Siti memuat naik sebuah foto yang memaparkan tertulis ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ dan ‘Akan Datang’.

Namun, perkongsian tersebut menjadi teka-teki buat peminat penyanyi kesayangan ramai ini.

Apakah pelantun lagu Romansa Kita itu bakal mengadakan sebuah konsert berskala mega pada tahun hadapan? Atau bakal menerbitkan sebuah dokumentari atau biopik berkisarkan Siti Nurhaliza?

Menurut carian umum, Epitome bermaksud orang atau benda yang merupakan contoh atau teladan yang unggul sesuatu sama ada dari segi kualiti, kelas dan sebagainya.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja pengumumannya nanti.

Siti Nurhaliza

Terdahulu, Siti juga memberi bayangan apabila memuat naik semula Insta story peminatnya yang memaparkan momen ketika Konsert Siti Nurhaliza On Tour pada 2019.

“Next konsert mega Siti Nurhaliza wajib pi,” tulis peminat tersebut.

Lalu Siti membalas “Boleh menabung dah tu”.

Ternyata perkara tersebut menambah keterujaan peminatnya manakan tidak kali terakhir Siti mengadakan konsert mega adalah pada 2019 iaitu kira-kira lima tahun lalu yang berlangsung di tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Ditambah pula dengan hadirnya album solo ke-20, Sitism yang diluncurkan pada September lalu, pastinya ia bakal menjadi kenangan manis buat Siti dan peminatnya.

Untuk rekod, Siti pernah menjayakan Konsert mega Siti Nurhaliza Fantasia Tour 19 tahun lalu yang dihadiri seramai 70,000 penonton.

Lebih manis, Siti Nurhaliza Fantasia Tour merupakan satu-satunya konsert tempatan mencatatkan rekod penonton tertinggi di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Mahu Kembali Beraksi Dalam Konsert Berskala Mega Di Stadium Nasional Bukit Jalil? – “Mungkin Sebelum Saya Bersara”

ARTIKEL BERKAITAN: “Janganlah Ya… Saya Tak Pernah Risau” – Nama ‘Dipetik’ Ketika Buat Perbandingan Jumlah Penonton SNBJ, Ini Reaksi Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Sumbang Sebahagian Pendapatan Untuk Bantu Palestin, Syukur Pengurus & Murid Sekolah Afwa Al Aafiyah Selamat

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Dejavu Teringat Pentas 360 Darjah Di Konsert Mega 2001, Sempat Pesan Jangan Bandingkan Bakat Lama & Baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Mahu Kembali Beraksi Di Royal Albert Hall & Rakam Album Tradisional Baharu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Sep 2022

[VIDEO] “Kantoi, Ni Kot Yang Jebat Sebut GF Baba…” – Tular Foto Bersama Pramugari, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad

Steady Mamuuu 🤣 Sharnaaz Ahmad ‘kegilaan’ ramai wanita! Gitewww 🥵🤪

Trending Tue, 24 Nov 2020
Featured Tue, 23 Sep 2025
Hiburan Thu, 4 Jan 2018

《歌手6》7强名单海报曝光!张韶涵真的来了!

中国歌唱综艺节目《歌手》第6季(歌手6)将于12日再度登场,7大歌手名单正式曝光,包括张韶涵、汪峰、李圣杰等人。其中来自英国的流行歌手Jessie J也跨海来挑战,同时也是首度请到欧美艺人参加,为节目再添新看点。

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Featured Wed, 6 Sep 2023
error: Content is protected !!