Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 9, 2023 @ 6:56pm

“Janganlah Ya… Saya Tak Pernah Risau” – Nama ‘Dipetik’ Ketika Buat Perbandingan Jumlah Penonton SNBJ, Ini Reaksi Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil bersuara apabila terdapat satu laporan yang meminta dia tidak perlu risau apabila kehadiran penyokong perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung semalam mengatasi rekod kumpulan Coldplay.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGs), Siti meminta agar tidak dibandingkan dengan mana-mana pihak malah menyatakan dirinya juga tiada apa yang perlu dirisaukan.

“Uols ni kan… suka tau buat posting macam ni.

“Nanti kalau ada komen-komen… saya juga yang kena.

“Janganlah ya… saya tak pernah risau apa-apa pun,” jelas Siti.

Terdahulu, kecoh di platform X (Twitter) apabila laporan oleh sebuah media sukan yang menulis Siti tidak perlu bimbang kerana kehadiran penyokong perlawanan akhir Piala Malaysia semalam jauh lebih tinggi berbanding  konsert Music Of The Spheres World Tour kumpulan Coldplay, baru-baru ini.

“Siti Nurhaliza tak perlu risau, final Piala Malaysia sudah atasi Coldplay,” tulis media tersebut.

Ternyata, laporan tersebut mendapat pelbagai reaksi ramai apabila rata-rata pengguna mempersoalkan mengapa perlu menyamakan perkara hiburan dan juga sukan.

Bulan lalu, hangat dibualkan di media sosial mengenai jumlah penonton yang menghadiri konsert kumpulan Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur yang menandingi rekod 19 tahun yang dicipta penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Perkara tersebut mendapat perhatian oleh Siti Nurhaliza sendiri apabila menyatakan berkemungkinan konsert berskala mega itu diadakan sebelum dia bersara agar dapat menjadi momen manis buat semua.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Mahu Kembali Beraksi Dalam Konsert Berskala Mega Di Stadium Nasional Bukit Jalil? – “Mungkin Sebelum Saya Bersara”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

林德荣拍拳击戏直呼没减重压力!唯对尹汇雰一见钟情剧情:“要加价!”

林德荣主演的喜剧电影《作战啦!茶室总动员》拍拳击戏没有减重压力,且导演更是希望他可以增重;唯戏中他要对尹汇雰一见钟情,甚至还要成为夫妻却相当不满,直呼:“因为这一段我要求加价,片酬不高不可以!”

Hiburan Mon, 30 Sep 2019
Hiburan Thu, 10 Aug 2023
Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Featured Wed, 18 Jan 2023
error: Content is protected !!