Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari January 18, 2023 @ 6:52pm

“Saya Masih Profesional” – Lebih Berhati-Hati Soal Cinta, Janna Nick Tak Benci Dini Schatzmann

Sebelum ini, kecoh mengenai hubungan cinta antara pelakon dan penyanyi Janna Nick dengan kekasihnya Dini Schatzmann yang didakwa telah berakhir hingga membawa diri ke luar negara.

Artikel Berkaitan:“Kalau Orang Katakan Gimik, Orang Tak ‘Validate’ Perasaan Saya” – Janna Nick Jawab Spekulasi Putus Cinta

Namun begitu, Janna memaklumkan bahawa dia dan Dini masih berkawan baik dan bersikap profesional.

Memetik laporan Gempak, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 28, menjelaskan bahawa dia kini memberi tumpuan penuh kepada kerjayanya dan jika ada berita baik akan dikongsikan.

“Untuk 2023, saya akan fokus pada kerja dahulu. Kalau ada benda baik untuk dikongsikan, akan saya kongsi. Untuk sekarang saya nak all out dengan kerja.

“Saya masih berkawan dengan dia (Dini), tiada perasaan benci, tiada perasaan rasa tak nak tengok. Masih profesional.

“Lagipun kami masih ada kerja yang menuntut untuk kami berjumpa dan bekerjasama. Doa yang baik-baik,” ujarnya kepada Gempak.

Artikel Berkaitan:[VIDEO] Rakam Janna Nick, Dini Schatzmann Di Genting Highland, Netizen Terus Persoal Status Hubungan?

Bukan itu sahaja, menurut pelantun lagu Mentari Setia itu, dia akan lebih berjaga-jaga soal cinta selepas ini.

“Kalau cakap pasal kisah cinta saya akan lebih berhati-hati selepas ini, kerana itu yang terbaik saya rasakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Janna kini mengacarakan program Famili Duo bersama Sean Lee.

Famili Duo menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Penyanyi Mas Idayu dan komposer Ajai pula menggalas tugas juri tetap untuk program terbabit.

Antara tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim kedua bermula 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 May 2026
familuv Tue, 6 Dec 2022

Berjaya Miliki Kereta Mewah Porsche 911 Carrera 4s Hampir RM1 Juta, Aisyah Hijanah Zahirkan Rasa Syukur

Personaliti Personaliti media sosial, Aisyah Hijannah menjadi tumpuan warganet setelah memuat naik hantaran momen memiliki kereta impian.   View this post on Instagram   A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) Menerusi entri tersebut, Aisyah […]

Trending Fri, 31 Jan 2020

Mayat Pelajar Lelaki Lemas Akhirnya Ditemui Terapung

Alhamdulillah jasad telahpun ditemui

Trending Wed, 25 Nov 2020

Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Asnaf Terjejas Covid-19

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka

Trending Fri, 6 Nov 2020
Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Jom Throwback Senarai Juara Lagu 2010-2014!

Jom kami kasi throwback sikit…

Events Wed, 20 Mar 2019
Contest Mon, 9 Sep 2019

xtra好康头 | 送你《伍佰 & China Blue 2019 Rock Star云顶演唱会》入门票

xtra好康头 送你《伍佰 & China Blue 2019 Rock Star云顶演唱会》入门票 ,让在云端度过热血沸腾的摇滚之夜。

error: Content is protected !!