Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain December 14, 2023 @ 4:52pm

Siti Nurhaliza Sumbang Sebahagian Pendapatan Untuk Bantu Palestin, Syukur Pengurus & Murid Sekolah Afwa Al Aafiyah Selamat

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan dirinya sudah mula menyumbang sebahagian daripada pendapatannya ke dalam Yayasan Nurjiwa sebagai inisiatif untuk membantu rakyat Palestin.

Menurut Siti, pihak yayasannya tidak akan berhenti memberikan sumbang kepada rakyat Palestin meskipun peperangan di sana berakhir.

“Sebenarnya, sebahagian daripada pendapatan saya sendiri pun saya masukkan ke dalam Yayasan Nurjiwa beberapa peratus untuk teruskan bantuan di sana.

“Sekiranya peperangan di sana tamat, kami tetap akan membantu mereka dan membangunkan semula penempatan di sana dari awal,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Lancarkan Kempen Tabung Sedekah Subuh

Sementara itu, pelantun lagu Magis itu juga sempat berkongsi perkembangan terkini tentang sekolahnya di Gaza, Sekolah Afwa Al Aafiyah.

Kata Siti, dia bersama suaminya, Datuk K dan pasukan lain sering menantikan panggilan daripada pengurus sekolah tersebut, Dr Mohanad setiap hari untuk berkongsi perkembangan terkini murid-murid di sana.

“Kami ni kira bernasib baik sebab kita ada Dr Mohanad yang menguruskan semua perihal di sana. Kami sering berhubung dengan Dr Mohanad.

“Setiap hari saya, suami dan pasukan menantikan panggilannya. Kami pun ada satu ‘group’ dengan dia. Kami menunggu sama ada dia akan ada hubungi tak sebab saat paling takut pun adalah adakah dia masih hidup atau tidak.

“Selepas itu, dia akan maklumkan jika dia kena balik kerana isterinya baru melahirkan anak lelaki yang diberi nama Khalid,” katanya.

Siti berkata, dia selalu berdoa agar Mohanad diberikan keselamatan dan dapat meneruskan inisiatifnya menerusi Yayasan Nurjiwa untuk menyumbang kepada mangsa perang di negara itu.

“Keadaan dia pun kita risau. Selalu saya berdoa supaya dia tidak diapa-apakan dan dapat terus menyalurkan sumbangan sebanyak 100,000 setiap 10 hari untuk keperluan asas lebih-lebih lagi sekarang musim sejuk,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaan murid-murid yang belajar di sekolah itu, Siti bersyukur dengan kuasa Allah yang sentiasa melindungi mereka.

“Alhamdulillah, saya rasa Allah memang nak lindungi mereka. Dr Mohanad pun telah membawa lebih 100 anak-anak dan dipindahkan ke selatan.

“Di sana pun ada kawasan penternakan lembu, mereka turut sediakan makanan dan haritu kami bagi makan 2,000 orang.

“Bantuan bila sampai waktu mereka minta kami kena bagi juga. Saya berterima kasih sangat pada yang membantu. Bagi saya besar atau kecil jumlahnya asalkan ikhlas dan terus berdoa untuk mereka di Palestin,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Sahaja Pulih Selepas Dijangkiti Covid-19 Kali Kedua, Siti Nurhaliza Bimbang Peti Suara Terkesan

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Puji Kesungguhan Liza Hanim

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 May 2019

‘Seloka Hari Raya’ Bentuk Avatar 3D Himpun Artis Naungan Warner Music Malaysia

Antara yang terlibat dalam pembikinannya terdiri daripada Ajak, Alyah, Amir Hasan, Andi Bernadee, Awi Rafael, Bunga, Ezlynn, Kaka Azraff, Kucaimars, Layla, Pasya dan Yasin.

Trending Mon, 2 Jul 2018

「一家四口都是歌王」爸爸开口唱歌好听到起鸡皮疙瘩!

知名音乐达人Sam Lin擅长混音及改编各种流行音乐词曲,具音乐才华声音也好听,不过让网友惊艳的是除了Sam Lin很会唱歌外,一家人都好有才!

Cahaya Mata Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Bijaknya Gelagat Wira Anak Betty Rahmad Buat ‘Speech’ Birthday Sendiri!

Pelakon Betty Rahmad berkongsi sebuah hantaran di platform TikTok yang memaparkan suasana majlis ulang tahun kelahiran anaknya, Ardy Wira yang ke-4, baru-baru ini. Menerusi perkongsian itu, Wira teruja menerima ramai tetamu menghadiri majlis ulang tahunnya […]

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Kak Lina Pom Pom Akui Kini Hangat Bercinta

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Kak Lina kita dan juga baby Sefhia okay!

 

Trending Tue, 19 Nov 2019

Jaclyn Hill’s New Holiday Collection Accused of “Copying” Fenty Beauty

So does this mean that Fenty Beauty owns the octagonal shape?

Trending Fri, 20 Dec 2019

300位弱势孩童齐聚海拔6千英尺共庆圣诞!

配合圣诞节的来临,日前云顶世界邀请了来自10间不同慈善机构的300位小朋友,共赴一场位于海拔6千英尺的圣诞派对!

error: Content is protected !!