Categories: Trending

Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Sehingga RM 500,000 Untuk Rakyat

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, memaklumkan peruntukan itu membabitkan dua kategori bantuan iaitu RM50,000 bagi penerima yang menerima kesan sampingan serius dan RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan oleh vaksin Covid-19.

 

Dan peruntukan bantuan khas kewangan ini adalah bagi kesan mudarat vaksin Covid-19 untuk rakyat tempatan dan warga asing berjumlah RM10 juta yang akan memperolehinya melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

 

Bagaimanapun ianya perlu dinilai terlebih dahulu oleh tiga jawatankuasa khas yang turut ditubuhkan.

 

“Kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi tujuan bayaran bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin Covid-19.” Katanya ketika sidang media perkembangan PICK.

 

Ini adalah langkah proaktif kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin selain dapat membantu menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga yang berkemungkinan terjejas akibat kesan daripada pengambilan vaksin ini kelak.

 

 

Sumber : Facebook KKM

Salma Syahbuddin