Categories: FeaturedTrending

“Persis Erra Zaman Muda” – Penampilan Engku Aleesya Dipuji Ramai

Penampilan Engku Aleesya di majlis akad nikah Engku Emran dan Noor Nabila tempoh lalu ternyata mencuri tumpuan ramai.

Kehadiran Engku Aleesya yang jarang sekali kelihatan di media sosial mendapat pujian ramai kerana semakin dewasa, semakin terserlah kecantikannya.

Rata-rata netizen memuji penampilan Engku Aleesya yang dilihat ayu mengenakan selendang dan baju kurung. Rmai yang turut memuji Aleesya mewarisi kecantikan ibu kandungnya, primadona Erra Fazira sewaktu belasan tahun.

Engku Aleesya yang kini menginjak usia 12 tahun juga sering disamakan dengan aktres jelita Indonesia, Chelsea Olivia.

Meninjau Instagram Erra Fazira, beliau sempat berkongsi momen meluangkan masa bersama anak tunggalnya yang kelihatan pemalu di hadapan kamera.

Malah, Erra sering mengatakan Aleesya menjadi tempat untuk bergurau dan
penghibur di saat suka dan duka.

Engku Aleesya merupakan anak tunggal hasil perkahwinan terdahulu Engku Emran bersama Erra Fazira pada tahun
2007 sebelum berpisah pada tahun 2014.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”