Categories: FeaturedTrending

3 Maut 1 Parah – Struktur Kren Launcher Lebuh Raya SUKE Hempap Kereta, Ini Respons Netizen..

Kejadian kemalangan di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) hari ini menjadi bualan ramai.

Insiden seperti ini seringkali berlaku di Lebuhraya berkenaan menyebabkan orang ramai meminta pihak bertanggungjawab segera disiasat.

“Melalui siasatan awal, tiga pekerja pembinaan warga negara China meninggal dunia manakala seorang pengguna jalan raya warga tempatan cedera di dalam kejadian ini.

“Kejadian difahamkan berlaku apabila salah satu komponen kren gantri terjatuh dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan PROLINTAS hari ini.

Meninjau di Twitter, insiden tersebut menimbulkan kegusaran orang awam kerana laluan tersebut menjadi salah satu laluan utama pengguna jalan.

Tiga mangsa adalah pekerja projek pembinaan dengan dua daripada mereka dipercayai terjatuh dari ketinggian 120 kaki (36.5 meter) dan disahkan meninggal dunia.

Seorang lagi pekerja terbabit dilaporkan tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya, dan kerja menyelamatkan mangsa sedang dijalankan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”