Categories: Trending

Bantuan RM300 Buat Pemandu Kereta Sewa

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibeberapa lokaliti kawasan sedikit sebanyak memberi kesan kepada pemandu kereta-kereta sewa khasnya.

Justeru itu, kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan lebih RM80,000 untuk bantuan tunai pemilik kereta sewa yang terkesan akibat Covid-19.

Bantuan secara one-off

Sumber : Kereta Sewa KB

Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman, terdapat 284 pemandu kereta sewa yang beroperasi di seluruh negeri dan kerajaan mendapati pemandu kereta sewa ini juga layak untuk menerima bantuan sekali bayaran atau one-off sebanyak  RM300 seorang menerusi program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu.

“Golongan ini jugat terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu walaupun kerajaan sudah membenarkan rentas daerah, tetapi pemandu kereta sewa masih berdepan masalah untuk mendapatkan penumpang berikutan persaingan daripada kereta sapu dan kenderaan e-hailing,”

Tambahnya lagi, bantuan sekali bayaran kepada pemandu kereta sewa berjumlah RM300 ini adalah sebagai tambahan kepada penggiat industri pelancongan yang terkesan susulan krisis wabak Covid-19 dan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin