Categories: Trending

Penutupan Semua Sekolah Akan Dilaksanakan Jika… – Dr Adham Baba

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, menerusi hantaran dilaman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebarang keputusan untuk menutup semua sekolah adalah berdasarkan penilaian bersama oleh Pejabat Kesihatan Daerah, Kerajaan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ianya merangkumi penilaian terhadap kes yang melibatkan jangkitan positif Covid-19 dalam kalangan pelajar dan juga kakitangan sekolah yang diwajibkan menjalani kuarantin dan perintah pengawasan dari rumah.

“Namun jika kes itu hanya melibatkan pelajar dan bukan kakitangan sekolah, maka sekolah akan tetap akan dibuka”katanya selepas melancarkan Program Vaksinasi Prihatin Covid-19 peringkat Daerah

Ketika ditanya mengenai cadangan KPM untuk menutup semua sekolah akibat penularan wabak berkenaan, Dr Adham bagaimanapun menjelaskan,  keputusan yang dibuat adalah mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Kelantan.

Ini kerana,  semua sekolah dan institusi pendidikan di tujuh daerah yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP) mulai ditutup bermula harini sehingga 24 April 2021.

Terbaharu, semua sekolah di Sarawak diarah tutup selama dua minggu bermula esok selepas terdapat penularan baharu di sekolah dan ia boleh mengakibatkan pelajar menyebarkan virus ini kepada ibu-bapa dan sebaliknya.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam Sidang Media Khas Penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP)  COVID-19 Di Wisma Bapa Malaysia memaklumkan, demi kesihatan pelajar dan masyarakat di zon merah Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk menutupkan sementara operasi semua sekolah di kawasan berkenaan.

“Saya telah memutuskan bahawa semua sekolah di zon merah akan ditutup selama 14 hari bermula esok.”

 

Sumber : Facebook KKM

Salma Syahbuddin