Categories: Trending

Banyak Sangat Simbol Pada Dashboard Kereta! Anda Tahu Ke Maksud Di Sebalik Simbol Tersebut?

Penulis yakin, kebanyakan daripada kita tak tahu sangat maksud di sebalik simbol-simbol yang pada pada dashboard kereta. Yang kita tahu, hanya bawa dan isi minyak kereta saja. Betul tak?

Tapi, sebenarnya sangat penting untuk kita tahu setiap maksud dan fungsi kereta yang ada pada dashboard. Percayalah, setiap simbol itu akan memberi amaran ataupun pemberitahuan berkaitan kereta anda yang perlu anda periksa ataupun baiki.

Jom kita lihat maksud di sebalik simbol yang ada di dashboard kereta. Tapi, tak semua kereta ada simbol-simbol ini ya!

1. Temperature enjin

Simbol ini menunjukkan kereta anda terlalu panas.

2. Tekanan minyak

Simbol ini bermaksud minyak pada enjin kereta anda kurang ataupun terdapat sedikit masalah pada sistem minyak enjin.

3. Amaran enjin

Apabila simbol ini menyala, anda seharusnya memeriksa kereta kerana simbol ini menyala disebabkan banyak sebab.

4. Bateri

Simbol amaran yang memberitahu bahawa bateri kereta anda semakin lemah.

5. Minyak

Simbol ini bermaksud minyak kereta anda dah nak habis. Jadi kalau nampak simbol ni menyala, cepat-cepatlah ke stesen minyak ya!

6. Tali pinggang

Simbol peringatan untuk pakai tali pinggang. Kalau tak nak pakai juga, tahanlah telinga dengar bunyi bingit dalam kereta.

7. Tekanan tayar

Maksudnya tekanan tayar tak balance. Mungkin disebabkan tayar kurang angin.

8. Kawalan cengkaman

Simbol amaran yang menunjukkan cengkaman tayar anda kurang baik. Perkara ini boleh membahayakan anda!

9. Kunci anti brek

Terdapat masalah pada sistem break anti lock kereta anda. Kalau nampak simbol ini lebih baik pergi check cepat!

10. Automatic shift lock dan enjin start indicator


Simbol yang menunjukkan bahawa anda perlu menekan brek untuk start enjin atau tukar ke gear neutral.

11. Airbag

Sistem airbag anda mungkin bermasalah sama ada pada salah satu airbag ataupun semua sekali. 

12. Lampu kabus

Simbol ini menyala apabila lampu kabus anda terpasang. Jangan risau ya!

13. Air pada wiper

Simbol ini menunjukkan air wiper anda telah berkurang. Jadi refill lah cepat-cepat ya. 

Sebenarnya, banyak lagi simbol-simbol lain yang ada pada dashboard kereta anda. Mungkin tak semua, tetapi simbol ini penting untuk ketahui status kenderaan anda sama ada baik, mahupun sebaliknya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Siakap Keli

tex_admin