‘ Moga Anak-Anak Anggota Bomba Yang Terkorban Baru-Baru Ini…’, Jimmy Shanley Teringat Kisah Lama

Kes kematian enam anggota bomba yang lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana baru-baru ini bukan saja meninggalkan impak besar pada ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Menerusi laman Instagram pengacara CJ Wow Shop, Jimmy Shanley, dia menzahirkan kesedihannya apabila membaca laporan berita sedih tersebut.

“ 8 Ogos 1984, bermulalah saya membesar tanpa kasih sayang seorang insan bergelar ayah… moga anak-anak anggota Bomba yang terkorban baru-baru ini di kawasan yang sama di Puchong membesar menjadi anak-anak yang Soleh,” tulisnya.

Difahamkan, arwah bapa Jimmy Norjahan Saleh bekerja sebagai jurutera kapal korek antara tujuh mangsa yang terkorban dalam tragedi kapal korek terbalik 34 tahun lalu.

Pada 8 Ogos 1984, sebuah kapal korek milik Sungai Klang Dredging Sdn Bhd terbalik di sebuah lombong yang terletak di Batu 13 Puchong.

Kejadian menyayat hati itu telah meragut nyawa tujuh orang termasuk bapa Jimmy yang terperangkap dalam kapal korek berkenaan dan sukar dikeluarkan kerana mangsa tersepit.

Dalam pada itu, sebilangan besar pengikut Jimmy di Instagram menitipkan doa Al-Fatihah buat Allahyarham Norjahan Saleh. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang beriman. 

 

SGMS Faida