Kaki Terseliuh, Anggota Kugiran Masdo Bertongkat Atas Pentas?

Wohooo! Hari ini bakal berlangsung konsert Hujan X Masdo di Maeps, Serdang. Korang dah beli tiket ke belum? 

Team Xtra.com berkesempatan hadir ke konsert pra-persembahan semalam dan menebual salah seorang ahli kumpulan Kugiran Masdo yang dikenali sebagai Putu Ceri.

Pemain Gitar Bass Kugiran Masdo itu memaklumkan sebanyak 28 buah lagu bakal dipersembahkan malam ini.

“ Rugi kalau korang tak datang sebab Kugiran Masdo akan menyanyikan dua buah lagu baru kami yang tidak pernah diputarkan atau dipersembahkan di mana-mana acara.

“ Ini merupakan pertama kali kami bawakan sebuah lagu melayu manakala sebuah lagi lagu Inggeris. Tajuknya kena dirahsiakan dulu, kalau nak tahu kena datang malam ni,” katanya.

Dalam pada itu, Putu Ceri yang mengalami kecederaan kaki dan bertongkat pada waktu ini berharap dapat naik ke pentas dengan baik malam ini.

“ Walaupun kaki terseliuh dan bertongkat, saya tetap bersemangat untuk bersama dengan anggota kumpulan lain memeriahkan konsert malam ini.

“ Mungkin terlalu penat membuat persiapan konsert, saya hilang fokus dan terseliuh sedikit…itu yang jadi macam ni. Walau bagaimanapun, saya akan bermain gitar tanpa tongkat,” katanya bersemangat.

Kugiran Masdo mungkin kumpulan yang masih asing dalam arus perdana namun semakin popular dengan dendangan muzik berteraskan 1960-an.

Selepas Bunga, single terbaru Kugiran Masdo ini mungkin bakal menjadi siulan ramai lepas ni kan? So, jangan lupa okay untuk datang beramai-ramai malam ini di Pintu 2 Maeps Serdang bermula jam 8.30 malam.

SGMS Faida