Categories: Trending

Bapa Kahwin Lagi, Ibu Sakit Mental…Bayi Tujuh Bulan Menangis Kena Tinggal!

Menangis sampai tertidur dibuatnya, itu yang berlaku kepada seorang bayi yang ditinggalkan ibu-bapanya di sebuah hospital.

Menerusi laman Facebook warganet menggunakan nama Bunga Larangan, bayi sebatang kara itu menunggu ibunya sambil menghisap jari misi. Barangkali melepas rindu agaknya.

Tulis Bunga Larangan, bayi itu kini dijaga oleh pihak hospital memandangkan tiada seorang pun yang datang melawat.

“Di hati kecil ini menangis terdengar kisah bayi malang itu, paling membuat hati sebak adalah si ibu yang diuji dengan masalah mental kerana suami ada perempuan baharu. Mungkin tertekan sejak dalam pantang lagi,” katanya.

 Selepas hal ini tular di media sosial, nampaknya ramai yang berminat untuk mengambil anak ini sebagai anak angkat.

“Untuk pengetahuan semua, bayi itu kini berada dalam jagaan pihak hospital serta pemantauan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kemungkinan apabila ibunya sihat, bayi itu akan dikembalikan semula kepada ibunya. Orang ramai tidak dibenarkan melawatnya kerana diletakkan di wad pengasingan hanya ibu bapa sahaja dibenarkan masuk.

“Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk bayi itu ya,” katanya.

SGMS Faida