Categories: LIFESTYLE

Awas! Jangan Campur Cecair Peluntur & Cecair Pencuci Lantai

Rumah adalah syurga. Semuanya bermula dari rumah dan pada yang suri rumah, mestilah suka bila rumah didalam keadaan bersih bukan ? Pelbagai usaha dilakukan seperti menyapu sawang, mengemop lantai dan juga menyental dinding yang kotor dan berkeladak.

Namun begitu, harus disedari bahawa sesetengah bahan pencuci yang digunakan boleh menyebabkan keracunan kepada seseorang sehingga boleh menjejaskan pernafasan dan juga kesihatan.

Pusat Racun Negara melalui laman Facebook milik mereka, berkongsi kes surirumah yang mengalami keracunan akibat mencampurkan cecair peluntur yang mengandungi Sodium Hipoklorit dengan cecair lantai yang mengandungi Asid Hidroklorik.

Gabungan antara kedua-dua bahan ini dikatakan bahaya kerana mempunyai unsur asas klorin. Apabila dicampur, tindakbalas kimia antara bahan ini akan membebaskan gas klorin yang beracun.

Gas ini dikenali dengan warna kuning kehijauan yang boleh menyebabkan beberapa simptom. Antaranya ialah batuk, sesak nafas, sakit dada, pedih pada tekak, loya, muntah-muntah, pening, sakit kepala dan pelbagai lagi simpton yang lebih teruk jika terdedah pada jangka masa yang lama.

Oleh itu, orang ramai terutamanya surirumah dinasihatkan supaya lebih berwaspada menggunakan cecair peluntur mahupun bahan pencuci lain bagi tujuan mencuci lantai ataupun dinding rumah.

Sumber: Pusat Racun Negara

SGMS Enal