Categories: Trending

Bayaran BPR Fasa 1 Bermula Hari Ini – Tengku Zafrul

Pembayaran Fasa I Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan dari Mei depan kepada penghujung Februari ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ia membabitkan peruntukan berjumlah RM1.93 billion yang akan dibuat secara berperingkat bermula hari ini bagi membantu kelangsungan hidup rakyat.

Malah, kerajaan sentiasa komited bagi memastikan bantuan diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

“Seramai 4.4 juta daripada 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran RM300 setiap penerima bagi kategori isi rumah manakala 4.05 juta penerima akan mendapat bayaran RM150 seorang bagi kategori individu bujang”

Manakala, bagi isi rumah dan individu bujang pula akan menerima bayaran secara terus yang akan dikreditkan ke akaun masing-masing. Bagi yang tidak mempunyai akaun pula, bayaran boleh diambil di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula Jumaat ini.

Perkara sama turut dikongsi beliau menerusi muat naik di laman akaun instagram rasmi Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

 

Selain itu, penerima di Sabah dan Sarawak yang TIDAK mempunyai akaun bank boleh menerima bayaran di lokasi yang akan diumumkan kelak, bersama-sama dengan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0), antara 1 Mac hingga 1 April depan.

ARTIKEL BERKAITANJangan Terlambat! Semak Dan Kemaskini Tarikh Pembayaran Permohonan Baharu BPR 2.0 Anda

ARTIKEL BERKAITAN : Pendaftaran BPR Dilanjutkan Sehingga 25 Februari, Golongan B40 Perlu Buat Permohonan Baru Jika…

 

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin

Recent Posts