Categories: Trending

Riena Diana Kini Penyampai Geng Pagi Hot FM

Pelakon Riena Diana yang terkenal dengan watak Lailer menerusi drama rantaian Kampung People itu akhirnya melengkapi trio Geng Pagi Hot (GPH), Hot FM bermula hari ini selepas menjadi penyampai undangan beberapa minggu lalu.

Beliau dipilih untuk mengendalikan program berkenaan menggantikan Shuk Sahar yang sebelum ini ditamatkan kontrak pada 18 Februari 2021.

ARTIKEL BERKAITAN : Shuk Sahar Didapati Bersalah, Kontrak Bersama Hot FM Akhirnya Ditamatkan

ARTIKEL BERKAITAN : Shuk Sahar Sah Digantung Dari Hot FM

Riena Diana atau nama sebenarnya, Nur Qamariena Diana Zulreal akan memeriahkan pagi anda bersama Fizie  dan Mark Adam bermula Isnin sehingga Jumaat, pada jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Teruja menjadi sebahagian dari keluarga Hot FM, beliau menyifatkan pekerjaan ini sebagai batu loncatan dalam kerjaya beliau.

“Saya ingin membuktikan saya juha berbakat dalam dunia penyiaran radio dan pengacaraan. Cuma, masih banyak yang perlu dipelajari bagi memastikan kualiti penyampaian pada tahap memuaskan,”

 

“Saya teruja dipilih menjadi sebahagian warga kerja Hot FM. Ini kerana saya ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam kerjaya, selain mencabar diri mengetengahkan bakat yang ada” katanya.

Riena juga sempat berkongsi berita gembira tersebut bersama pengikutnya menerusi muat naik di laman instagram miliknya sebentar tadi.

Sementara itu, pemilihan Riena sebagai teraju utama GPH menjadi langkah berani buat Hot FM. Ia diakui Ketua Audiens Melayu Hot FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood.

“Penyampaian Riena sangat bersahaja dan tidak kekok walaupun ia percubaan kali pertama ke udara sebagai penyampai radio.
“Kami melihat Riena mempunyai kebolehan berfikir secara kreatif dan spontan untuk mencetuskan perbualan bersama penyampai lain selama dua minggu ke udara,” jelasnya.

Wow, akhirnya GPH dah ada bunga, mesti lagi meriah!

Salma Syahbuddin