Categories: FeaturedTrending

Bayaran i-Sinar Dibuat Pada Hari Isnin Sehingga 11 Mei

Umum maklum, sejak kerajaan memperkenalkan i-Sinar, isu ini sering menjadi tumpuan utama rakyat.

Terbaru, Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan pembayaran bagi permohonan i-Sinar pada bulan ini akan dibuat pada Isnin sehingga 11 Mei ini.

“Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa satu hingga lima hari bekerja bergantung kepada prosedur bank anda,” menurut KWSP dalam  menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Dalam pada itu, KWSP berkata, pihaknya menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sepanjang proses pembayaran dilaksanakan.

Sumber: Facebook KWSP

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”