Categories: FeaturedTrending

Pemohon Vaksin AstraZaneca Bakal Dapat Kemaskini Janji Temu Hari Ini

Pemohon vaksin AstraZeneca yang telah mendaftar bakal mendapat notifikasi melalui aplikasi MySejahtera hari ini berhubung kemas kini janji temu bagi tarikh pemberian vaksin masing-masing.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin,kemas kini tersebut akan dibuat secara berperingkat sepanjang hari ini.

Beliau juga meminta pemohon menghubungi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) untuk sebarang isu berkaitan janji temu itu.

Semalam, tidak sampai empat jam pendaftaran dibuka, seramai 268,000 pemohon vaksin AstraZeneca sudah selesai didaftarkan.

Susulan itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOST) itu turut memohon maaf kepada rakyat yang tidak sempat mendaftar untuk mendapakan vaksin tersebut.

Bagaimanapun,  tambahan satu juta bekalan dos AstraZeneca akan tiba ke Malaysia bulan ini melalui inisiatif COVAX.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”