Categories: Trending

Covid-19 Bukan Penghalang Atita Haris Eratkan Hubungan Silaturrahim Bersama Lipton!

Walaupun terpaksa hidup dalam norma baharu, namun itu bukan penghalang untuk terus aktif dan mewujudkan hubungan silaturrahim sesama suami, anak-anak mahupun keluarga sesuai dengan tema ‘Time to listen, time to connect’.

Bagi selebriti, model dan instafamaous, Atita Haris, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah masa untuk menitikberatkan kesihatan dan keselamatan anak-anak dan suami.

Malah, aktiviti ber#ootd bersama keluarga juga adalah salah satu cara beliau untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak sesuai dengan mood mereka.

Menerusi program Bersoal Dengan Lipton,  Atita mengakui hubungan akan terkesan atau hambar terutamanya ketika PKP ini jika isteri mahupun suami tidak berkongsi ‘happy moment’ mereka bersama-sama.


Malah, komunikasi dan sentiasa bersikap open up itu perlu untuk membina perbualan berkualiti sesama sahabat handai dan juga keluarga.

Jadi, ini mungkin masa yang paling sesuai untuk  anda bermula dengan ‘Time to Listen, Time to Connect’ bersama Lipton!

 

Salma Syahbuddin