Categories: Trending

PKP Bersasar Untuk Kuala Lumpur – Annuar Musa

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Sri Annuar Musa, pendekatan yang sesuai buat Kuala Lumpur ketika ini terutamanya dalam mengawal penularan Covid-19 adalah dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar dibeberapa lokaliti kawasan.

Ini kerana, beberapa kerajaan negeri telah memohon untuk melaksanakan PKP secara bersasar susulan peningkatan kes yang tinggi dan potensi untuk bilangan kes meningkat adalah sangat besar.

“Bagi pihak Jawatankuasa Keselamatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kita merasakan perlu lebih berhati-hati kerana terdapat beberapa lokaliti tapi kita harap kita juga diletak dalam PKP bersasar”

Selain itu, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga kini telah mengambil langkah untuk meneliti secara mendalam permohonan Kuala Lumpur untuk dijadikan kawasan PKP bersasar dengan mengambil kira kepentingan antara kehidupan dan nyawa rakyat.

“Ianya satu situasi yang cukup sukar. jelas tidak ada formula tetap atau cara terbaik yang tertentu untuk mengurus krisis ini. Setiap gelombang setiap fasa kita terpaksa menggunakan kaedah yang berbeza” katanya ketika merasmikan  Program Prihatin Ramadan di Putrajaya.

 

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin