Trending By: Yanie Baharom February 28, 2019 @ 11:00am

Bella Astillah reda jika perpisahan jadi pengakhiran rumah tangganya dengan Aliff Aziz

Kemelut rumah tangga selebriti media sosial, Bella Astillah dan suaminya, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, menjadi berita paling trending dan hangat sejak semalam.

Ini berikutan pendedahan beserta bukti yang dibuat Bella yang mendakwa suaminya curang dengan pelakon Oktovia Manrose apabila ke kelab malam bersama-sama.

Bella turut menyimpan tiga video yang dikirim seorang saksi iaitu individu yang bertanggungjawab mendedahkan perlakuan sumbang Aliff dan Oktovia, yang sama-sama membintangi drama, Dosa Itu Bukan Miliknya.

Dalam video itu dipercayai kedua-duanya dalam keadaan mabuk dan menari berpelukan, namun rakaman video itu tidak didedahkan secara terbuka.

Semalam, Bella membuat pengakuan kepada BH Online, beliau reda jika perpisahan menjadi jalan terakhir untuk perkahwinannya dan Aliff.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalammualaikum, AND IT HAPPENED AGAIN. . . Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya. But what I’ve been through korang takkan boleh imagine. Selepas Aliff habis shoot telemovie baru2 ni dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dgn dia dlm tele tu. 2 hari sebelum habis shoot, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar password phone dan bila saya paksa buka phone, dia buka tapi dia pandai dia dah delete whatsapp dia dengan heroin tu. Saya cakap dgn dia I’m not a kid kalau tak ada apapa kenapa perlu delete? So saya nakkan kepastian saya call heroin tersebut jawapan dia kepada saya “Ya Allah bella takde apapa pun, kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via jumpa dia Via nak cakap dgn dia ‘BACK TO ALLAH’ “ rupanya org yang nasihat dan comfort saya ni org yang sama2 pergi club dgn Aliff, menari2 peluk dan mabuk sama2. Saya bila solat saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya, tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat. Sangat cepat. Saya terkejut. Terima kasih kepada Insan yg dm saya kalau tak, saya ni takkan tahu apapa hanya dgn Ayden je kat rumah. Ingat, hiburan dunia ni hanya sementara. Kepada Aliff; kalau awak rasa bahagia dgn kehidupan mcm tu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi club sama2 yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan.

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebagai kawan? Aduhh. Dah terang lagi bersuluh. Dah dah lah tu jaga je aliff dgn anak awak 🙂

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

 

“Saya tidak sangka dia akan buat hal lagi. Ingatkan, dia sudah berubah. Kali ini, dengan pelakon juga.

“Saya sudah tidak mampu untuk berselindung. Sebab itu juga saya memilih untuk berkongsi cerita ini di Instagram.

“Sebelum ini, saya maafkan dirinya dan memberikannya peluang, namun nampaknya dia tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin.

“Selepas ini, saya perlu berbincang dengan keluarga kerana apa sahaja keputusan mengenai rumah tangga kami, ia tetap membabitkan banyak hati,” ujarnya.

Foto: Oh Hangat

Sebelum ini, Aliff pernah mengecewakan isterinya pada Julai 2017 apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon, Afifah Nasir. Bagaimanapun, ketika itu Bella memaafkan suaminya dan berusaha membuka buku baharu.

Akui kakak kepada penyanyi, Didi Astillah ini, hatinya sudah tawar dengan Aliff, 28.

“Silap saya sendiri sebab terlalu sayang, cinta dan menjaga nama serta keperluannya. Akhirnya, saya juga yang makan hati.

“Lima tahun kami saling mengenali dan usia perkahwinan kami juga memasuki tahun ketiga. Nampaknya, tempoh itu belum cukup untuk saya benar-benar mengenalinya. Dia masih tak serik.

“Ikutkan, banyak lagi kisah seumpama ini yang saya pendam dan tidak kongsi bersama umum. Sudah banyak juga peluang diberikan dan dia masih bersikap acuh tak acuh,” dakwa Bella.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Mar 2023
Trending Tue, 9 Jun 2020
Featured Fri, 19 Mar 2021
Cahaya Mata Mon, 30 Oct 2023

Akui Tak Cukup Masa Jaga Si Kecil, Neelofa Terpaksa Upah Jururawat Waktu Malam

Begitulah kalau dah jadi ibu kan, sampai tak menang tangan!

Featured Mon, 8 Jan 2024

16 Tahun Kembali Pada Fitrah, Adam Corrie Mengaku Tak Rindu Nak Makan Daging B*bi

Allahuakbar, tak baik main tuduh sampai macam tu sekali🔥 Malu lah wei!

Featured Sat, 25 Apr 2020
Featured Thu, 20 Apr 2023