Hiburan By: Khairil Khusyairi September 19, 2023 @ 8:06pm

Raja Azmi Mengaku ‘On & Off’ Pakai Tudung – “Bila Orang Tanya ‘Mana Tudung?’ Saya Cakaplah Terlupa”

Penerbit dan pelakon Raja Azmi, 64, mengakui dia masih belum mengenakan hijab sepenuhnya, sebaliknya memakainya mengikut kesesuaian.

Menurut Raja Azmi, dia sememangnya selesa dengan penampilannya kadang bertudung dan tidak bertudung kerana berpendapat banyak aurat lain yang perlu dijaga dan bukan rambut saja semata-mata.

“Ia memang pilihan saya sendiri. Saya yang pilih ‘on’ & ‘off’. Pada saya Islam itu bukan terletak pada tudung sahaja, aurat bukan tutup rambut saja tapi banyak lagi perkara .

“Buat masa ini, saya memilih kadang kala untuk bertudung dan kadang-kadang tak pakai.

“Saya mengikut kesesuaian saya, kalau saya hadiri majlis-majlis ilmu dan agama, saya akan kenakan tudung. Tapi kalau saya hadiri majlis biasa-biasa saya akan pakai ikut kesesuaian dan keselesaan saya,”katanya kepada XTRA.

Raja Azmi ditemui pada sidang media drama lakonannya iaitu Slot Akasia Luruhnya Bunga Cinta di sebuah restoran di Ibu Kota, pada Ahad.

“Dulu ramai yang menegur dan bertanya ‘mana tudung?’ saya cakaplah terlupa, tudung dah ke laut, saya mengaku sahaja dan memohon maaf.

“Saya pakai ikut kesesuaian,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Raja Azmi turut meluahkan keinginan untuk melakonkan watak-watak di luar kebiasaanya seperti watak wanita miskin

“Buat masa ini saya sangat teringin nak berlakon watak orang miskin, bukan tak pernah cuma sekadar sampingan saja.

“Seorang pelakon pasti boleh bawa watak itu, saya rasa kalau saya bawa watak itu lakonan kita akan lagi mencabar sebab nak menjiwai orang sebegitu melalui lakonan,” luahnya ringkas.

Drama Luruhnya Bunga Cinta bakal bersiaran di slot Alasia TV3 bermula 19 September, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam itu turut menampilkan Nabila Razali, Redza Rosli, Tracie Sinidol, Bella Luna dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Ada Rasa Sedikit Terkilan Lebih-Lebih Lagi… – Raja Azmi Berang Filem ‘Jerangkung Dalam Almari’ Dihadkan Tayangan Kerana Pengabdi Setan 2? 

ARTIKEL BERKAITAN: Redza Rosli ‘Anak Emas’ TV3? – “Terpulanglah…Saya Tak Kisah Pun”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Pernah Berkongsi Apa-Apa” – Nabila Razali Jawab Isu Bertunang Dengan Usahawan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 1 Nov 2019

Samsung Galaxy Note 10; The Phone That Captures Moments, Not Photos

Don’t leave home without it! Galaxy Note10|10+ is that phone!

Trending Fri, 28 Feb 2020
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

IN2IT’S Jinsub Departs From Group with Sincere Handwritten Letter

IN2IT’s Jinsub has decided to depart from the group due to health issues.

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

DON’T CRY LADIES BUT OUR OPPA LEE HYUN WOO WILL BE MIA FOR 2 YEARS

Lee Hyun Woo has confirmed that he will be enlisting into the army soon 🙁

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “3 Orang Hubungi Nampak Kelibat Ayah Sedang Wirid..” – Genap 38 Hari Hilang Di Tanah Suci, Anak Kongsi Perkembangan Terkini

Allahuakbar! Min harap semoga ada sinar di penghujungnya dan dipermudah segala urusan ❤️🥹🤲🏻

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Tue, 28 Nov 2017

ADAKAH HASHTAG FATTZURA ITU SATU DOA?

Difahamkan, hanya dengan sekali lafaz pelakon, penyanyi dan usahawan Nur Fazura 34, telah sah menjadi isteri kepada Fattah Amin 27. Majlis pernikahan itu telah berlangsung disalah sebuah hotel terkemuka tanah air.

error: Content is protected !!