Trending By: Fatin Nurain April 30, 2024 @ 1:19pm

Selesa Kunci Mulut, Rusdi Ramli Enggan Kongsi Isu Rumah Tangga – “Biarlah Saya Simpan Hal Peribadi Saya”

Pelakon Rusdi Ramli enggan berkongsi kisah peribadi mahupun rumah tangganya bersama isterinya yang juga komposer, Sharon Paul yang didakwa kini sedang bergolak.

Menurut Rusdi, dia tegas dengan prinsipnya untuk tidak berkongsi perihal peribadinya meskipun dia merupakan seorang selebriti.

“Kalau dulu, kita ditanam artis ini hak masyarakat. Saya sejak mula berkecimpung tak pernah percaya atau pegang bahawa benda itu adalah benda yang saya kena terima.

“Pada saya, kerja-kerja pelakon atau artis itu saja yang jadi hak masyarakat. Tetapi, hal peribadi tetap hak privasi dia. Tak adil sebab dia pun manusia, kan.

“Katakanlah, seorang artikek, apabila bangunan yang dibina itu runtuh, tak ada orang bertanya siapa isteri dia. Jadi, kenapa tak buat kami begitu juga?

“Jadi, kalau hasil kerja kami buruk, hentamlah. Tapi, kalau hal peribadi, biarlah kami punya. Kalau tidak, tak ada apalah yang kami punya.

“Dari penjelasan itu, biarlah saya simpan hal peribadi saya dan saya berterima kasih sangat kalau benda itu difahami,” katanya.

Terdahulu, Sharon mendakwa rumah tangganya bersama Rusdi sedang bergolak kerana sudah tidak sehaluan dan percaya bahawa perceraian adalah jalan penyelesaian terbaik.

Enggan mengulas lanjut isu tersebut, Rusdi bagaimanapun tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada sebarang pihak dan selesa mengunci mulut.

“Itu hak masing-masing. Sesetengah orang tak kisah. Kadang-kadang mungkin mereka suka cerita mereka keluar setiap hari. Kalau tidak, tak ada cerita. Pada saya, lebih baik saya diam daripada saya bercerita yang tak ada.

“Hari ini (Jumaat), saya datang sebab drama ini. Kalau tidak, saya tak ada. Jadi, adalah sebab saya ada di khalayak sebegini, sebab kerja.

“Kalau acara yang saya tak terbabit, saya takkan pergi. Tak diundang kan. Berapa banyak festival filem yang saya tak dijemput dan saya tak ada di festival filem itu,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 31 May 2021

Dek Kerana Terlalu Penat, Dr Noor Hisham Rayu Rakyat Bantu Frontliners

Gaisss… tolong patuh SOP untuk 2 minggu ni je!

Trending Tue, 14 Jun 2022

“Banyak Benda Tak Sopan Saya Lakukan…” – Fauziah Gous Fokus Buat Kebaikan, Tak Boleh Ubah Masa Lalu

Fouziah Gous mahu fokus buat kebaikan untuk jadi contoh buat anaknya.

Featured Sat, 9 Sep 2023
Trending Thu, 25 Oct 2018

Menelan Kos 20 Billion, Jambatan Laut Terpanjang Dunia China Kini Dibuka

Jambatan sepanjang 55 kilometer ini dilengkapi dengan jambatan jalan raya dan terowong bawah laut.

Featured Fri, 11 May 2018

Selebriti Tempatan Ucap Tahniah Buat Tun M, Perdana Menteri Ke-7

Kegembiraan turut dikongsikan oleh selebriti-selebriti tempatan apabila Tun Mahathir menang dan bergelar Perdana Menteri yang ke-7.