Categories: Trending

Benarkah Penularan Wabak Covid-19 Bakal Berakhir Mei Ini?

Masuk fasa ke-4 perintah kawalan pergerakan ternyata menuntut kesabaran dan ujian bagi segelintir rakyat Malaysia.

Mana taknya, ada diantara kita harini terpaksa kehilangan kerja akibat penularan Covid-19.

Sumber : Google

Justeru itu, mungkin ini berita baik buat seluruh rakyat di Malaysia apabila satu kajian dilakukan oleh Singapore University of Technology And Design (SUTD) meramalkan penularan wabak Covid-19 di Malaysia akan berakhir pada 6 Mei ini.

Data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab pada Jumaat lalu itu adalah hasil penilaian dengan menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) sekurang-kurangnya 97 peratus ke atas 28 buah negara termasuk Malaysia.

Sumber : Google

Model SIR digunakan untuk memodelkan penyebaran penyakit pandemik ini dengan penggunaan kalkulator grafik untuk memplotkan graf

Terdahulu, model yang sama juga pernah digunakan untuk meramalkan beberapa penyakit seperti wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang melanda dunia pada 2003 dan AIDS.

Menurut kajian tersebut, dunia hanya akan pulih sepenuhnya 100 peratus daripada virus COVID-19 pada 8 Disember manakala pada 29 Mei ini, peratusan jangkitan itu akan turun kepada 97 peratus.

Sumber : Google

Virus tersebut diramalkan berakhir di Singapura pada 4 Jun ini dengan 97 peratus penurunan, sementara di Itali (7 Mei), Jepun (18 Mei), Indonesia (6 Jun), India (21 Mei), Mesir (19 Mei) dan Filipina (8 Mei).

Manakala, Qatar pula dijangka berakhir pada 26 Jun 2020 iaitu antara yang terlambat daripada 28 buah negara tersebut.


Salma Syahbuddin