Categories: Trending Hari Ini

PDRM Terima 300 000 Permohonan Rentas Negeri Dalam Masa 12 Jam

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima kira-kira 300 000 permit permohonan untuk merentas negeri menerusi aplikasi Gerak Malaysia dalam masa 12 jam sahaja.

Datuk Huzir Muhamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman  menjelaskan 100 000 individu daripada jumlah tersebut memohon untuk mendapatkan permit pergerakan bagi melakukan perjalanan kerana terkandas di kampung dan tidak sempat pulang ke kediaman sususlan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Angka yang dinyatakan ini juga dijangka akan bertambah berlipat kali ganda menjelang 29 April nanti. Menurut beliau, dalam tempoh yang ditetapkan pihak polis akan memantau dan menilai trend permohonan yang diterima melalui aplikasi tersebut.

Pihak polis juga akan memaklumkan kepada kerajaan hasil pemantauan dan penilaian agar tarikh pergerakan yang sudah diumumkan semalam dapat dikaji semula dan diselaraskan mengikut jumlah permohonan yang diterima.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar memberi kerjasama dengan  memohon permit pergerakan atas sebab sahih seperti yang telah ditetapkan.

Perkembangan lanjut mengenai jadual pergerakan antara negeri ini akan diumumkan kelak.

Bukan pada 1 Mei

Sementara itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)  juga turut menjelaskan bahawa tarikh pergerakan bagi mereka yang berada di kampung pulang ke destinasi masing-masing bukan pada 1 Mei ini.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengunguman bahawa bagi sesiapa yang terkandas di kampung sebelum tempoh PKP dan ingin pulang ke rumah kediaman boleh melakukan permohonan rentas negeri bermula 25 April.

Sumber: Harian Metro

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover