Categories: Trending Hari Ini

Jumlah Pinjaman Buku Digital Perpustakaan Negara Meningkat Sepanjang PKP!

Rakyat Malaysia hebat!

Sejak penguatkuasaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu, nampaknya pinjaman buku digital Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dilaporkan meningkat!

Jumlah Pinjaman Buku Digital Cecah 40 Ribu

Menurut sumber, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Rangkaian Sistem Perpustakaan PNM Aidatul Hasnida Abdul Rani berkata pada Mac sahaja, hampir 40,000 buku digital perpustakaan itu dipinjam berbanding purata kira-kira 15,000 pada bulan-bulan biasa.

Tambahnya, pendaftaran keahlian baharu untuk u-Pustaka dan pengunjung portal perpustakaan itu pula meningkat mendadak sepanjang PKP.

Statistik pendaftaran keahlian dan pengunjung portal menunjukkan peningkatan semasa PKP ini. Sehingga 21 April 2020, jumlah kumulatif ahli u-Pustaka adalah seramai 501,295.

“Semasa PKP sahaja, pendaftaran keahlian mencecah 22,982 ahli. Pendaftaran keahlian tertinggi adalah semasa permulaan PKP iaitu mencecah 6,069 pendaftaran dalam masa satu hari (19 Mac),” katanya.

Jelasnya, pilihan bahan bacaan masyarakat sepanjang tempoh PKP juga adalah lebih kepada bahan bacaan berbentuk fiksyen.

Dalam pada itu, PNM dari semasa ke semasa sentiasa cuba memperbanyakkan bahan bacaan digital untuk diakses oleh rakyat Malaysia.

Bagi sebarang maklumat dan info terkini mengenai Covid-19, korang boleh saksikan hanya di TV3 dan Youtube Buletin TV3 okay?

Syafiqa Irdina