Categories: FeaturedTrending

Benzoloo, Jonathan Tse Kini Semakin “Bebas”..

Kredibiliti muzikal dalam diri dua penyanyi, Benzooloo dan Jonathan Tse tidak perlu disangkal semakin terbukti berada dalam kelas tersendiri. Kini mereka tampil bergabung menerusi lagu terbaru berjudul Bebas.

Bebas adalah lagu kedua kerjasama mereka selepas ‘Aku Rela’ tidak lama dulu. Hubungan rapat terjalin memberikan mereka kelebihan untuk berkongsi idea menghasilkan Bebas dengan sinergi luar biasa.

“Bebas lebih kepada bebas melakukan apa saja dalam apa yang saya lakukan, tidak terkongkong dengan apa yang orang mahu. Paling penting, kita kena ikhlas dengan diri sendiri.

“Lagu ini bercerita pasal dalam mula melakukan sesuatu atau cari inspirasi, masa inilah kita kena bebas
untuk berani keluar dari kotak selesa itu,” menurut penyanyi Jonathan Tse.

‘Bebas’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple
Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”