Categories: FeaturedTrending

Muncul Dengan Single Petanda, Aliff Idham Mahu Ikut Jejak Langkah Judika

Penyanyi, Aliff Idham, tampil dengan
single pertama berjudul PETANDA yang dicipta sepenuhnya oleh Aliff sebagai komposer dan penulis lirik.

Walaupun masih muda dan aktif dalam bidang lakonan, ternyata tidak menghalang penyanyi remaja
yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan bakat, Ace Talents, untuk terus mencuba nasib menghasilkan karya yang matang bagi single pertamanya.

Azuein Alonto, Pengarah Urusan Ace Talents berkata,

“Meminati genre Pop Rock dan R&B, Aliff menjadikan artis seberang, Judika, sebagai artis idolanya. Secara peribadinya, saya yakin bakat Aliff ini mampu berdiri setanding dengan bakat-bakat ternama seperti Faizal Tahir, Judika, Haqiem Rusli dan ramai lagi.”

Remaja yang baru berusia 15 tahun itu tahun itu pernah memenangi tempat ketiga Ceria Megastar Ministar pada tahun 2019.

Lagu “Petanda” boleh mula di didapati di semua pelantar digital dan aplikasi penstriman muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox, Deezer Music dan Apple Music bermula pada 2 April 2021.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”