Categories: Trending

“Sesuatu Yang Saya Tunggu-Tunggu” – Neelofa Teruja Sambut Kedatangan Ramadan Bersama Suami

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa, 32, mengakui teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan suaminya, pendakwah selebriti Haris Ismail atau PU Riz, 26.

Ini merupakan Ramadan pertama pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor yang diraikan bersama suaminya selepas bertukar status menjadi seorang isteri pada 27 Mac lalu.

“Saya teruja. Ini merupakan sesuatu yang saya tunggu-tunggu, Insya-Allah. Bulan Ramadan ini bakal dipenuhi dengan program yang tersendiri,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia bakal meneruskan kerja sepanjang bulan puasa, bekas pengacara Nona ini mengakui mempunyai satu perancangan.

“Ada satu perancangan yang sedang dirancang. Tetapi jika ia tak dapat dilaksanakan, saya akan meneruskan ibadah Ramadan seperti biasa,” katanya.

Neelofa ditemui di majlis kolaborasi sandal Fipper dan aplikasi The Noor di Putrajaya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Beri Saya Ruang…” – Neelofa Respons Dakwaan Kahwin Langgar SOP & Berbulan Madu Di Langkawi

Jenama sandal tersebut berkolaborasi untuk menjual produk edisi khas mereka menerusi platform aplikasi The Noor.

The Noor merupakan sebuah aplikasi Islamik yang diperkenalkan oleh Neelofa dan dilancarkan pada Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Perkenal Aplikasi Islamik, Ramai Peminat Teruja

Padin