Harimau kumbang yang dilapor berkeliaran di Taman Harmoni dekat Al Muktafi Billah Shah, Dungun sejak dua minggu lepas masih berkeliaran dan belum berjaya ditangkap.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dr Abdul Malik Mohd Yusuf berkata pihaknya telah memasang perangkap harimau di sekitar kawasan itu semalam dan terus melakukan pemantauan.
“Paling penting, penduduk perlu melaporkan segera kepada Perhilitan sekiranya ada terlihat harimau itu di persekitaran mereka,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, ini adalah aduan pertama diterima pihaknya mengenai harimau di kawasan perumahan setelah kemunculan dua ekor harimau di Kampung Besul Lama, Bukit Besi di Dungun dua bulan lepas.
Semalam, dilaporkan kebimbangan penduduk di taman perumahan itu kerana sering melihat harimau kumbang di sekitar rumah mereka sejak dua minggu lepas.
Haiwan yang dianggarkan berusia lima tahun itu ditangkap ketika sedang berehat di kawasan belukar sekitar 500 meter dari jalan utama Kampung Besul Lama.
Bagaimanapun, harimau berkenaan dilaporkan mati pada 23 Julai lalu ketika berada dalam rawatan dan kuarantin di Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak.
Sumber: BERNAMA
Wah fly high girls!
Terus sukses Anna
Semoga Irma terus kuat
Word of the year 2024, L U S M 🤣