Categories: Trending

Berikut Adalah Senarai 9 Sekatan Jalan Raya Di Ibu Negara

Polis melakukan sembilan sekatan jalan raya di ibu negara susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula semalam hingga 20 Mei ini, bagi membendung penularan Covid-19.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo, memaklumkan sekatan jalan raya itu dimulakan pada jam 7 pagi hari ini  di sekitar ibu kota.

Berikut merupakan senarai sekatan jalan raya yang dilaksanakan di ibu negara hari ini;

  1. Jalan Sentul Pasar, (di hadapan Balai Polis Kepong)
  2. Lebuhraya Persekutuan hala ke ibu negara
  3. Jalan Klang Lama
  4. Jalan 2/27A Wangsa Melawati
  5. Jalan 1/91 Taman Shamelin Perkasa
  6. Lebuhraya Bukit Jalil
  7. Jalan Tol Duta menghala ke Kuala Lumpur
  8. Laluan Tol Sungai Besi
  9. Lauan Tol menghala ke Kuala Lumpur

Tambahnya lagi  penyelarasan tugas sekatan jalan raya ini diputuskan menerusi Mesyuarat Penyelarasan Kumpulan Kerja Penguatkuasaan PKP 3.0 peringkat Kuala Lumpur.

Selain itu, polis Kuala Lumpur  turut meningkatkan pemantauan oleh Pasukan Pematuhan serta rondaan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi memastikan penguatkuasaan PKP di Kuala Lumpur dapat dilaksanakan secara komprehensif.

Salma Syahbuddin