Categories: Trending

“Mengalir Air Mata Dengar Lagu Ni” Nyanyian Lagu Zikir Ketuhanan Siti Nordiana Curi Perhatian

Album Zikir Ketuhanan dari Siti Nordiana selepas album Anakku Sayang begitu mencuri perhatian peminatnya. Mana taknya, album kali ini begitu istimewa apabila zikir atau selawat yang dialunkan merupakan munajat harian yang selalu didengari atau dibaca
namun telah diolah dalam melodi yang lebih indah.

Menerapkan elemen mengingati Allah dan Rasul, lagu-lagu zikir di dalam album ini juga berbeza dengan album zikir yang lain, dimana alunan zikir bukan sahaja di nyanyikan dalam Bahasa Arab malah, disertai dengan terjemahan bahasa melayu untuk memudahkan hafalan pendengarnya.

Kolaborasi Siti Nordiana dan Ustaz Shahrizan ini napaknya sesuatu yang tepat memandangkan kita kini masih berada di bulan penuh keberkatan.

“Mengalir air mata dengar lagu Nana ni”

Maka tidak hairanlah, jika ada peminat Siti Nordiana yang mengalirkan air mata mendengar alunan lagu-lagu zikir dalam album Hasbi Rabbi ini.

Justeru itu, lagu bersifat ketuhanan ini pastinya menjanjikan kelainan dari segi melodinya yang digarap dengan lebih segar sesuai untuk pengisian rohani pendengranya.

Mula dilancarkan pada awal Mei lalu, uzik video Hasbi Rabbi juga kini telah ditonton sebanyak 76,000 kali menerusi platform Youtube.

 

Salma Syahbuddin