Categories: Trending

Semua Bazar Ramadan, Aidilfitri DiTUTUP Mulai Isnin

Semua bazar Ramadan dan Aidilfitri dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup mulai Isnin ini. Manakala,  bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) akan ditutup selama tiga hari, berkuat kuasa serta-merta.

“Kerajaan pernah memberi amaran prosedur operasi standard (SOP) akan diperketatkan di semua kawasan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekiranya kes COVID-19 meningkat di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan ketika ini masih meneliti SOP dan kadar pertambahan kes setiap hari dan sekiranya kes meningkat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk ketatkan SOP akan dilaksanakan serta merta.

Terdahulu, sebanyak 22 bazar Ramadan di 7 negeri diarahkan menutup operasi tiga hari berkuat kuasa pada 30 April lalu.

 

Salma Syahbuddin