Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 8, 2021 @ 7:49pm

Semua Bazar Ramadan, Aidilfitri DiTUTUP Mulai Isnin

Semua bazar Ramadan dan Aidilfitri dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup mulai Isnin ini. Manakala,  bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) akan ditutup selama tiga hari, berkuat kuasa serta-merta.

“Kerajaan pernah memberi amaran prosedur operasi standard (SOP) akan diperketatkan di semua kawasan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekiranya kes COVID-19 meningkat di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan ketika ini masih meneliti SOP dan kadar pertambahan kes setiap hari dan sekiranya kes meningkat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk ketatkan SOP akan dilaksanakan serta merta.

Terdahulu, sebanyak 22 bazar Ramadan di 7 negeri diarahkan menutup operasi tiga hari berkuat kuasa pada 30 April lalu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Sep 2023
Featured Thu, 15 Aug 2024

“Akhirnya Dia Milik Saya” – 4 Bulan Tak Berjumpa, Isteri Kongsi Momen Manis Anak-Anak Bersama Azizulhasni Awang

Terharu tengok family Datuk Jijoe ni. Moga ada hikmah tiap apa yang berlaku❤️

Trending Mon, 4 May 2020
Hiburan Thu, 30 Oct 2025

Berani Tonton, Berani Tidur? Tonton Hidang Filem Seram Premium Dari Seluruh Asia!

Tonton menghimpunkan pelbagai filem seram premium dari seluruh Asia!

Featured Tue, 2 Sep 2025
error: Content is protected !!