Alif Satar Akui Teruja Sertai ICSYV4

Rancangan realiti kegemaran ramai I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 bakal membuka tirai dengan edisi raya pada musim ini.

Untuk musim ini, kehadiran penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar nampaknya  memeriahkan lagi kehangatan program ini.

“Pada mulanya agak susah untuk Alif sebab ini pertama kali Alif join rancangan macam ni. Susah juga untuk menipu juri-juri yang juga merupakan kawan kepada Alif sendiri. Tapi nak buat maca mana, it’s part of the game.

“Alif teruja untuk tengok para peserta sebenarnya, betul-betul nak tengok peserta tu boleh nyanyi ke tak boleh nyanyi,” ujarnya ketika ditemui di sidang media I Can See Your Voice Edisi Raya.

Pada musim ini , I Can See Your Voice 4 akan  menampilkan barisan wajah baru selebriti popular tanah air!

I Can See Your Voice Malaysia 4 Edisi Raya ditaja oleh Digi Prepaid dan OPPO akan bersiaran pada 16 Mei 2021, pukul 9.00 malam.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”