Categories: Trending

“Semua Nak Terlingkup Dah” – Hattan Mohon Beri Bantuan Kepada Rakyat Marhaen

Penyanyi otai, Datuk Hattan memohon agar kerajaan memberi bantuan moratorium secara automatik bagi membantu golongan terjejas terutamanya kepada golongan marhaen.

Ini kerana, kes Covid-19 di negara masih menunjukkan peningkatan sekaligus mengandaikan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) akan disambung lagi.

Beliau berkongsi luahan itu menerusi muat naik di laman instagramnya yang kini telahpun ditonton sebanyak 20,000 kali.

Hattan juga berpendapat bahawa, terdapat segelintir pekerja terutamanya pekerja-pekerja kecil dan yang berkerja di pusat membeli-belah tidak dapat melakukan kerja lebih masa (overtime) memandangkan tempoh masa berniaga adalah terhad.

Justeru  memohon agar kerajaan memberikan bantuan berupa moratorium secara automatik kepada golongan marhaen malah kepada penggiat seni juga.

“Semua dah nak terlingkup dah. Peniaga kecil buka gerai sampai pukul 8 malam, bagilah buka sampai pukul 10 malam”

“Kerajaan tolonglah kami ni, dah nak melingkup dah ni. Kalau pasar raya besar pun boleh ‘meraung’ apatah lagi peniaga-peniaga kecil”

“Betul tu Datuk, Suami OKU, bantuan tak dapat lagi…”

Rata-rata peminat beliau menghargai usaha yang ditunjukkan oleh Datuk Hattan kerana mengambil peranan dalam meluahkan hasrat hati segelintir peniaga-peniaga kecil secara tidak langsung menerusi video berdurasi 1 minit 29 saat itu.

Salma Syahbuddin