Categories: Trending

Berita Baik Buat Peminat Esports Di Malaysia

Berita baik buat peminat sukan e-sports di Malaysia.

Satu rancangan terbaru Mingguan Esports MGO (MEMGO) bakal bersiaran di TV9! Rancangan ini dibawakan menerusi portal permainan e-sukan MyGameOn (MGO).

Buat para peminat esukan di luar sana, MEMGO akan memfokuskan mengenai sorotan e-sukan, berita dan perkembangan terkini sepanjang minggu tentang game yang paling banyak dimainkan di Malaysia.

Segmen penting yang turut akan diberi difokuskan adalah berita, sorotan kejuaraan tempatan dan temuramah bersama tokoh dan pemain penting dalam industri e-sukan.

MEMGO menyasarkan pasaran massa termasuk yang bukan gamers dan gamers kasual. Khalayak sasaran utama adalah komuniti gaming tempatan, para pelajar universiti tempatan, dan kelas pekerja dewasa muda.

Jadi, jangan lepaskan peluang menonton rancangan terbaru Mingguan Esports MGO yang bakal bersiaran bermula 3 Jun 2020 ini, jam 10.30 malam hanya di TV9!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”