Categories: Trending

Lepasan SPM 2019 Yang Berjaya Ke IPT, Perlu Buat Pengesahan Selewat-lewatnya 8 Jun Ini

Seramai 109,617 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 layak melanjutkan pengajian bagi sesi akademik 2020/2021 di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dengan surat tawaran rasmi akan dikeluarkan mulai esok.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan tawaran kemasukan adalah ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Sumber : Google

Pengesahan Setuju perlu dibuat

Selain itu, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh lima hari, iaitu selewat-lewatnya pada 8 Jun ini.

” Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui laman web IPTA terbabit. Tarikh pendaftaran pelajar baharu adalah mulai 5 Jun hingga 4 Januari 2021, mengikut IPTA masing-masing

Sumber : Google

KPT juga turut menegaskan bahawa, calon yang tidak menerima tawaran atau gagal boleh mengemukakan permohonan rayuan menerusi http://upu.moe.gov.my/

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) akan membuka kemudahan talian mulai 3 Jun sehingga 10 Jun ini, dari 8.30 pagi hingga 4 petang bagi memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.

Sumber : Google

Pemohon juga boleh menghubungi bahagian berkenaan di Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200, Putrajaya melalui talian 03-8870 8200 atau e-mel upu@moe.gov.my.

Melalui aplikasi mudah alih, UPUPocket 2.0 atau Facebook – KEMASUKAN BPKP JPT; Twitter – @TWT_UPU dan Instagram – @KEMASUKANBPKP serta Sistem Maklum Balas di https://online.moe.gov.my/upu/maklumbalas/

Malah, calon juga boleh membuat semakan melalui portal rasmi IPTA yang dimohon.

Sumber : BH Online

Salma Syahbuddin