Categories: Trending

Berita Baik! Perkhidmatan Teksi & E-Hailing Boleh Beroperasi Sepenuh Masa

Terkini!

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media hari ini memaklumkan, perkhidmatan teksi dan e-hailing dibenarkan beroperasi tanpa had masa.

Kapasiti Penumpang Ikut Kenderaan

Bukan itu je, jumlah penumpang juga dibenarkan mengikut jumlah kapasiti yang dibenarkan pada kenderaan tersebut.

“Kapasiti bukan dua lagi, mungkin boleh tambah satu lagi di depan atau pun kalau menggunakan kenderaan berkapasiti enam atau tujuh penumpang mereka boleh mengambil mengikut kapasiti tempat duduk”, tambahnya.

Untuk sidang media penuh, korang boleh tonton video di bawah ni:

Sumber: Youtube Buletin Utama TV3

Syafiqa Irdina