Categories: Trending

Bas Ekspress Dibenarkan Beroperasi Tanpa Had Masa Dengan Kapasiti Penuh

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa bas ekpress akan beroperasi dengan kapasiti penuh.

Menurut Beliau lagi, setiap penumpang perlu didaftarkan melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual.

“Jika mereka (pengusaha bas) tidak mendaftar penumpang melalui aplikasi MySejahtera, mereka mesti mengambil nama dan nombor telefon setiap penumpang bagi tujuan pengesanan kontak sekiranya ada perkara berkaitan COVID-19,” katanya.

Sebelum ini, setiap bas boleh membawa sehingga 48 penumpang dalam satu masa. Namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan, kerajaan telah menetapkan 50 peratus penumpang sahaja dibenarkaan iaitu seramai 24 penumpang.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover