Categories: Trending

Semua Sekolah Rendah Akan Dibuka Hujung September Ini

Walaupun pembukaan sekolah bermula pada 24 Jun ini dan keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang menduduki SPM, STPM, STAM namun, Kesatuan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) mencadangkan sekolah di seluruh negara dibuat pada hujung September atau Oktober.

Bagaimanapun, keputusan ini masih bergantung kepada keputusan MKN dan KKM berhubung isu Covid-19.

Guru siap rakam subjek mata pelajaran

Sumber : Google

Menurutnya, guru tetap menjalankan tugas menerusi dalam talian sepanjang perintah kawalan ini. Malah, guru-guru juga bersedia untuk dipanggil bertugas.

” la COVID-19 sudah reda, kita harap sebelum berakhirnya bulan September atau Oktober, sekolah rendah juga dibuka bagi membolehkan para guru dan pelajar kembali ke sekolah bagi meneruskan sekolah seperti biasa,”

Ada juga guru yang didapati menyediakan modul-modul tertentu bagi memastikan pemerolehan ilmu dalam kalangan pelajar dapat direalisasikan,” Katanya.

Waktu persekolahan yang baharu

Sumber : Google

Selain itu, beliau turut mencadangkan waktu persekolahan bagi sesi pagi dimulakan pada pukul 8.00 pagi hingga 12 tengah hari dan sesi petang bermula 1.00 petang hingga 5.00 petang.

Salma Syahbuddin